PENGERTIAN LENCANA SEKOLAH
1. Bulatan
- Merupakan teras kepada sistem pendidikan Negara yang
memiliki konsep yang universal (sejagat).
2. Bentuk Ovule
- Gabungan tiga peringkat masyarakat yang menjadikan
sekolah sebagai sebuah institusi iaitu guru, murid dan
ibu bapa,penjaga.
3. Buku dan Pen
- Lambang cita-cita masyarakat yang memiliki sifat-sifat
progesif untuk pembangunan agama,bangsa dan Negara.
4. Warna Kuning
- (Luar Bulatan) warna diraja dan melambangkan keagungan
Islam sebagai agama rasmi Negara. 98% murid adalah ber-
agama Islam.
5. Warna Biru
- Melambangkan keharmonian perpaduan dan persefahaman
di antara tiga golongan dalam institusi sekolah juga me-
lambangkan kesatuan idea dan cita-cita membawa
kemajuan.
6. Warna Hijau
- Kesuburan Bumi Sabah dalam mana terletaknya
Sk.Ladang Giram.
7. Warna Putih
- Kesucian pada semua jiwa pendidik yang bertugas di
Sekolah ini.
8. Warna Merah
- Warna rasmi SK.Ladang Giram melambangkan keberanian
dan kecekalan hati setiap pelajar untuk mencapai cita-cita.
9. Cogan Kata (Pengetahuan Sinar Penghidupan)
- Membawa makna universal bukan sahaja murid Sk.Ladang
Giram, malah setiap orang mesti mempunyai pengetahuan
untuk menyinari kehidupan mereka.
10. Separuh Bulatan.
- Menjadi dasar kepada keseluruhan bentuk lencana dan
merupakan pendukung kepada semua kemajuan di sekolah
sama ada dalam bidang kurikulum atau ko-kurikulum.
SEJARAH SEK.KEB.LADANG GIRAM
Sekolah ini telah di bina pada tahun 1961 dengan bangunan sementara yang dimiliki oleh pihak Ladang Giram. Pengurus Ladang pada ketika itu ialah Tuan Elice dan Guru Besar yang pertama ialah Encik Isdup Bin Yusuf sehingga tahun 1962. Murid-murid pada ketika itu adalah seramai 125 orang dengan tenaga pengajar seramai 15 orang guru.
Tahun 1962-1966
- Guru Besar - En.Lipton Bin Hadlan
- Sekolah telah mempunyai bangunan sendiri berhampiran
- Mempunyai 4 buah kelas dan 2 buah rumah guru.
- Bilangan murid seramai 155 orang dengan 6 orang guru.
Tahun 1967 – 1968
- Guru Besar - En.Nistah Bin Kabul
- Bilangan Murid seramai 155 orang dengan 6 orang guru.
Tahun 1968 – 1972
- Guru Besar - En.Said Bin Muhammad.
- Pada tahun 1970, sebuah lagi rumah guru telah dibina.
- Guru seramai 7 orang dengan 200 orang murid.
- Bilangan kelas telah bertambah kepada 6 buah.
Tahun 1972 – 1973
- Guru Besar - En.Suhaili Bin Kadir
- 1 buah rumah guru telah dibina.
- Bilangan murid seramai 220 orang dengan 8 orang guru dan
seorang guru agama buat pertama kali.
Tahun 1973 – 1981
- Guru Besar - En.Marinsah Bin Hj.Abd.Hamid
- Bilangan Murid seramai 260 orang dengan 9 orang guru.
- Sebuah bangunan baru dibina dengan dua buah kelas,
sebuah bilik guru dan sebuah bilik Guru Besar dibina oleh
Jabatan Kerja Raya.
Tahun 1982 – 1983
- En.Tajim Bin Buhajim dilantik menjalankan tugas guru
besar sementara ketiadaan guru besar.
- Sebuah kantin dibina oleh pihak sekolah.
- Seorang kerani ditempatkan di sekolah ini.
Tahun 1983 – 1986
- Guru Besar - En.Samad Bin Kadir
- Sebuah bangunan dibina dengan tiga buah bilik kelas dan
sebuah rumah guru berkembar.
- Guru seramai 10 orang dengan 290 orang murid.
Tahun 1987
- Ustaz Mohd.Hussin Bin Ayub menjalankan tugas guru besar.
- Kelas telah bertambah kepada 7 kelas.
- Murid seramai 330 orang dengan guru seramai 12 orang.
- PIBG telah membina sebuah Taman KBSR.
Tahun 1988 – 1995
- Guru Besar - Tuan Hj.S. Musa Bin Hj.Hussin.
- Murid bertambah kepada 400 orang dan seramai 16 orang
guru.
- Bangunan sekolah dibahagi kepada 3 blok iaitu Blok A, B dan C.
- Bilangan kelas bertambah kepada 10 buah kelas.
- Sebuah pondok berbentuk payung dibina di Taman KBSR.
- Tahun 1991, PIBG membina sebuah kolam ikan.
- Tahun 1992, bangunan Pra Sekolah dibina dihadapan
bangunan sekolah hasil kerjasama PIBG.
- Bilangan murid bertambah kepada 431 orang dengan
tenaga pengajar seramai 27 orang.
Tahun 1996 -1997
- Guru Besar - En.Amrie Bin Azi.
Tahun 1997 – 1998
- Guru Besar DG4 ditukarkan.
- En.Mohd.Latip bin Katik sekali lagi menjawat
pemangku Guru Besar.
Tahun 1998 – 1998
- Guru Besar - Tuan Hj.Ris B. Hj.Manzen
- Menjalankan tugas sebagai Guru Besar di sekolah ini
selama 28 hari sebelum ditukarkan semula ke Bahagian
Jemaah Nazir.
Tahun 1998 – 2000
- Guru Besar - En.Hj.Karim B. Hj.Ubah
- Dua buah blok bangunan baru dibina dan digunakan pada
semester satu persekolahan tahun 2000, sementara sebuah
bangunan lama telah dirobohkan.
- Sebuah rumah guru berkembar juga telah di bina.
Tahun 2001 – 2003
- Guru Besar - En.Zainuddin B.Hj.Ahmad
- Sebuah bangunan kayu telah dirobohkan dan digantikan
dengan bangunan konkrit.
- Sebuah rumah guru juga telah dirobohkan dan digantikan
dengan rumah berkembar.
- Bilangan Guru seramai 21 orang dan ktbm seramai 3 orang.
Tahun2003 – 2005
- Guru Besar - Pn.Norhayati Bt. Abd.Malik
Tahun 2005 – 2006
- Guru Besar - En.Mustapa Bin M’aerop
- Sebuah Bangunan Pra Sekolah konkrit telah di bina.
- Bilangan Guru seramai 25 orang dan KTBM seramai 4
orang.
- Bilangan murid seramai 228 orang.
Tahun 2007-
- Guru besar - En.Zain Bin Zaken @ Zakan
- 5 Buah bilik ketua panitia di bawah bangunan pentadbiran.
- Guru 25 orang, KTBM 3 orang
- Bilangan murid seramai 177 orang
Saya dan rakan-rakan guru pelatih baru selesai praktikum di sini. Diharap dapat posting di sekolah ini XD
BalasPadamTERIMA KASIH WARGA SEKOLAH!